Croissant Gergasi Pertama Di Malaysia

Blackbixon Cafe & Restaurant adalah sebuah cafe dan restoran yang sangat popular di Jalan Imbi, Kuala Lumpur. Mereka terkenal dengan pastry yang sedap dan masakan panas yang menarik. Antara menu yang best ada di Blackbixon Cafe adalah menu brunch, pasta, burger dan lain-lain. Tapi menu mereka semuanya menarik dan sedap sangat. Ada beberapa pastry yang menjadi kegemaran pelanggan disini serta beberapa menu masakan panas.

Blackbixon Cafe & Restaurant memiliki kawasan makan yang sangat besar dan luas. Interior restoran mereka juga sangat menarik dan nampak premium. Mereka menggunakan konsep hitam dan light grey serta ada juga konsep minimalist. Bukan interior mereka sahaja yang menarik tapi plating mereka juga sangat berkualiti. Sesuai untuk korang yang suka tangkap gambar makanan dan rasa vibes aesthetic.Bukan interior mereka saja berwarna hitam tapi kebanyakkan makanan di Blackbixon Cafe & Restaurant juga berwarna hitam dari pasta, pastry dan burger. Semuanya berwarna hitam. Nak tengok video review dari pelanggan mereka klik link.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *